Berwaspadalah Dengan Kehadiran Golongan Habib Ke Tanah Air!

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 33s] – Berwaspadalah dengan kehadiran golongan Habib – Maulana Muhammad Asri Yusoff

 

BERWASPADALAH DENGAN KEHADIRAN GOLONGAN HABIB KE TANAH AIR!

SINOPSIS PETIKAN DARI VIDEO

Akhir-akhir ini timbul suatu lagi fitnah dalam masyarakat kita…Fitnah golongan HABIB.

Berwaspadalah! Masyarakat kita mudah tertipu dengan penampilan luar seseorang seperti serban, janggut, tasbih dsb. Kita perlu kenal identiti (tahu cara  mengenali) golongan ini. Contohnya, cara pemakaian serban dengan gaya tertentu menunjukkan mereka adalah golongan sesat dari luar negara. [Penyunting – Contohnya, serban warna hijau adalah identiti kumpulan sesat Brelwi di India]

Golongan Habib ini datang ajak kita berselawat kepada Nabi, dengan mengadakan majlis-majlis seperti “Malam Cinta Rasul” dsb. Dari luaran ianya nampak cantik tetapi sebenarnya ianya penuh dengan tipudaya.

Sebelum ini, golongan Syiah pun datang atas nama agama sehingga ramai dari kita tertipu. Habib pun begitu! Tujuan mereka sebenarnya ialah supaya kita memuja kubur!

Mereka pergi ke kubur untuk meminta tolong dari orang yang ada di dalam kubur! Bukannya minta tolong dengan Allah! Tapi mereka akan nafikan apa yang kita kata ini.

Amalan puja kubur berleluasa di luar negara.

Matlamat mereka (golongan Habib) ialah melawat  kubur-kubur  di Malaysia, berqasidah di atas kubur dan ini akan membuka jalan ke arah pemujaan kubur.

Kubur yang menjadi tumpuan mereka adalah, kononnya, kubur-kubur wali dan tokoh-tokoh ulama’.

Tunggulah, suatu hari nanti mereka akan datang memuja kubur Tok Kenali, di Kelantan!

[Nota penyunting – Ini menjadi kenyataan bila majlis sambutan haul Tok Kenali diadakan pada 30 & 31hb Mac 2018 dengan kemuncaknya majlis perarakan ke kubur Tok Kenali]

Mereka puja kubur dengan pasang lampu, tabur bunga dan letak kain penutup kubur. Kemudiannya, mereka ambil kain tersebut dan bahagi-bahagikan untuk dijadikan azimat.

Tapi mereka tidak akan mengaku jika kita kata mereka adalah pemuja kubur!

Kenapa Hisham Kabbani (seorang dari tokoh golongan Habib) yang telah diisytiharkan sesat oleh Jabatan Agama (JAKIM) dapat datang ke Malaysia dan mengadakan majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul?

Pemimpin Tareqat Naqsyabandi ini yang diisytiharkan sesat adalah serpihan daripada kumpulan Habib ini!

Adakah kita sanggup biarkan masyarakat kita sesat seperti mereka? Malangnya institusi agama pun tidak dapat menghidu kesesatan sebegini! Malah mereka turut bersekongkol dengan golongan sesat ini!

Mereka kononnya anjurkan majlis selawat…tetapi mengapa selawat ini diiringi dengan joget?

Mereka masukkan budaya sesat ini secara beransur-ansur ke dalam masyarakat. Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan menolak amalan-amalan yang bercanggah dengan agama kita ini.

Perkara ini sepatutnya boleh dibendung terutamanya oleh pihak berkuasa. Jika dibiarkan ianya akan jadi barah seperti yang berlaku di luar negara.

Habib-habib yang membawa kita ke kubur pada mulanya atas nama “tawassul” (Nota: Meminta sesuatu kepada Allah melalui perantara). Tetapi, kemudiannya mereka akan meminta terus dari orang mati di dalam kubur tersebut, bukan lagi meminta dengan Allah.

Mereka minta orang dalam kubur supaya minta dengan Tuhan kerana kononnya orang dalam kubur tidak mati dan mendengar permintaan kita!

Mereka juga mendakwa dapat berkat daripada wali-wali yang jasadnya ada dalam kubur!

Akhir-akhir ini pula, ramai yang mendakwa berjumpa dengan Nabi dalam keadaan jaga (yaqazah). Inilah antara akibat dan kesan dari kedatangan Habib ke tempat kita.

Beginilah caranya masyarakat kita ditipu. Berapa banyak belanja yang telah dibazirkan untuk menganjurkan majlis-majlis seperti “Malam Cinta Rasul”, “Sambutan Maulidur Rasul Akbar” dan seumpamanya?

Ada daripada pengikut-pengikut Habib ini yang mendakwa, dengan membaca wirid dan selawat tertentu, Nabi datang berjumpa mereka!

Kedatangan golongan Habib ini membawa kesesatan ke dalam masyarakat. Mereka mendakwa sebagai “ahli Allah”…mereka mengajar bacaan-bacaan tertentu yang direka menyebabkan al-Quran ditinggalkan. Mereka mengajar ilmu yang karut-marut bagaimana cara untuk mengenali “nabi” yang datang kepada mereka.

Ketahuilah, orang ramai akan terus sesat selagi mereka tidak belajar agama dengan betul. Dakwaan berjumpa Nabi secara “yaqazah” tidak ada jaminan dari hadith dan kita akan ketahui perkara ini jika kita belajar hadith.

Kita akan selamat jika ikut al-Quran dan sunnah. Tujuan utama golongan sesat dan syaitan adalah supaya kita meninggalkan al-Quran.

Ramai dari kita mengejar dunia dengan memperalatkan agama!

Apa yang berlaku sekarang ini bertepatan dengan sabda Nabi, “Yang bukan Dajjal itulah yang lebih aku takut terhadap kamu”.

Nabi bersabda, “Kalaulah aku ada di kalangan kamu (di masa itu)…nescaya akulah yang paling ke depan (menentang kesesatan)”.

Alangkah berbezanya kita dengan Nabi s.a.w. Kita begitu mudah terpedaya dengan cantiknya kejahatan yang dihias dengan agama dan keinginan naluri kita untuk terus kekal hidup!

Tipudaya syaitan datang dalam bentuk yang disenangi kita contohnya dalam bentuk agama (tetapi hakikatnya ianya telah diselewengkan).

Advertisement

2 thoughts on “Berwaspadalah Dengan Kehadiran Golongan Habib Ke Tanah Air!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s